Saturday, November 12, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan


Ucapan Perasmian oleh; Sdr. Muammar Ghadafi Jamal, Presiden GB4B Malaysia.








Sdr. Ashman Hj. Ahmad menyampaikan cenderamata kepada Sdr. Muammar Ghadafi Jamal



Ucapan Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad, Pengerusi GB4B Kaw. Parit.



Tahniah kepada semua pewakilan yang telah menunaikan tanggungjawab menghadiri mesyuarat agung tahunan tahun 2011. Mesyuarat kali ini amat bermakna kerana menerima kehadiran Sdr. Muammar Ghadafi Jamal Bin Dato' Wira Jamaludin, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia.



Belia 4B adalah merupakan sebuah petubuhan yang banyak melahirkan pemimpin negeri dan negara. Justeru itu, ahli-ahli belia 4B diseru supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan belajar untuk memimpin persatuan.



Patah tumbuh hilang berganti... begitulah bunyi pepatah lama. Pemimpin datang dan pergi... Walau apa juga rintangan dan halangan ahli-ahli belia 4B perlu bersatu untuk melepasi halangan-halangan yang dihadapi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...



Marilah kita bersama memulihkan imej Belia 4B yang sering dianggap rakan seteru di kawasan. Walaupun kita juga sebenarnya adalah pejuang bangsa dengan cara tersendiri ... Bergerak!!!
























Sunday, January 2, 2011

Program Kibarkan Jalur Gemilang.











Program ini diadakan pada 29 Ogos 2010 di kawasan Petronas Seri Iskandar, bermula jam 5.oo petang, setiap kenderaan yang mengisi minyak akan dilekatkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka. Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato' Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang bersama-sama melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan orang ramai.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua wakil dari cawangan-cawangan dan alumni GB4B Kaw. Parit yang turut sama menjayakan program kali ini. Pengurus Stesen Petronas Seri Iskandar mengucapkan terima kasih kepada GB4B Kawasan Parit kerana mengadakan program di premis mereka dan berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Program Gerak Wanis.





Pertandingan gubahan dan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan sempena dengan Majlis Tilawah GB4B Kawasan Parit. Program ini dijalankan oleh Gerak Wanis GB4B Kawasan Parit.

Saturday, January 1, 2011

Program Gerak Dakwah 2010.


Barisan Panel Hakim.


Pengerusi GB4B Kawasan Parit, Sdr Ashman Hj. Ahmad bergambar bersama para peserta yang mengambil bahagian.


Sdr. Ashman Bin Hj. Ahmad menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta.


Johan Tilawah Al-Quran GB4B Kawasan Parit. Pn. Nurul Hidayah Rasyid.




Program Tilawah GB4B Kawasan Parit telah diadakan pada 10hb Julai 2010 bertempat di DOR Kg. Teluk Bakong. Pemenang akan mewakili Kawasan Parit untuk Majlis Tilawah Peringkat Negeri Perak yang akan di adakan di Daerah Kuala Kangsar.

Pn. Nurul Hidayah Rasyid dari GB4B Cawangan Kg. Padang Marhum telah menjadi johan tilawah pada kali ini, manakala tempat kedua disandang oleh wakil dari GB4B Caw. Kg. Teluk Kepayang Hilir.