Tuesday, October 19, 2010

Program Berakit Sg. Perak 2010






GB4B Kawasan Parit bersama GB4B Caw. Bandar Universiti/Taman Maju serta Pusat Khidmat ADUN Bota telah mengadakan program ini pada 25 hingga 26 September 2010 bermula dari Manong ke Bota Kanan.
Tahniah kepada semua yang telah menyertai program ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan serta sokongan dalam menjayakan program ini. Bergerakkk!









Sunday, September 12, 2010








Perlawanan bolasepak persahabatan diantara GB4B Kawasan Parit dengan GB4B Kawasan Tambun telah diadakan di Padang Awam Seri Iskandar untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kedua-dua kawasan. Terima kasih kepada semua pemain yang telah menunjukkan permainan yang baik. Semoga bertemu lagi di lain masa. Bergerakkk!!!

Tuesday, February 9, 2010


Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 34 telah diadakan di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka pada 20 hingga 22 Disember 2009. Pada majlis ini juga berlangsung penubuhan Alumni 4B Malaysia dan penghargaan kepada semua Majlis Kerja Tertinggi yang akan bersara kerana memberi laluan kepada pemimpin muda yang berusia di bawah 40 tahun.


Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Sdr. Mua'amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj. Jamaludin kerana telah dipilih sebagai Presiden 4B Malaysia. Semoga dapat meneruskan perjuangan yang belum selesai...