Sunday, November 8, 2009

Kursus Kepimpinan di Pulau Pangkor.





GB4B Kawasan Parit mengorak langkah untuk melahirkan pemimpin masa hadapan dengan mengadakan kursus kepimpinan di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor pada 23 hingga 25 Oktober 2009 yang lalu. Seramai 80 orang peserta telah dipilih dari seluruh Kawasan Parit untuk mengikuti kursus ini yang diadakan dengan kerjasama MKN Negeri Perak.

Ucaptama bagi kursus ini telah disampaikan oleh YB. Dato' Sharani Bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri Perak. Para peserta amat berpuas hati dengan aktiviti ini dan berharap program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga Allah jua yang dapat membalas keringat yang telah dicurahkan untuk 4B, agama, bangsa dan negara. BERGERAK!!!

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran GB4B Negeri Perak.







Majlis Tilawah GB4B Negeri Perak telah diadakan pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadan 1430H bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar bermula jam 9.30 pagi.

Manakala pada sebelah petang majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah serta berbuka puasa bersama-sama YB. Drs. Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria, Ahli Parlimen Parit. Majlis ini menerima penyertaan daripada 13 kawasan dan dimenangi oleh kawasan Pasir Salak

Wednesday, June 17, 2009

Pertandingan Bowling Di Ipoh.







Pertandingan bowling jemputan anjuran 4B Cawangan Tanjung Medan telah diadakan di Pusat Bowling Ipoh Parade pada 23 Mei 2009 bermula jam 3.00 petang. Majlis turut dihadiri oleh Sdr. Abdul Rasid Bin Haji Nopiah, MKT 4B Malaysia, Sdr. Kamarul Zaman Bin Zalamudin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah dan mantan-mantan ajk 4B Kawasan Parit.

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara jawatankuasa yang lama dengan yang baru. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh sdr. Ashman Bin Haji Ahmad, Pengerusi 4B Kawasan Parit.

Karnival Sukan 4B Kawasan Parit.












Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Parit telah berjaya mengadakan Karnival Sukan 4B Kawasan Parlimen Parit pada 19 April 2009 yang lalu. Program ini telah diadakan di UiTM Seri Iskandar bermula jam 8.00 pagi. Antara pertandingan yang diadakan ialah futsal, sepak takraw dan bola jaring.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad selaku Pengerusi 4B Kawasan, manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Drs. Mohd. Nizar bin Haji Zakaria, Ahli Parlimen Parit. Turut hadir dimajlis ini ialah Timbalan Pengarah Kampus UiTM Seri Iskandar.

Pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua cawangan yang telah mengambil bahagian dalam program ini.

Karnival Sukan 4B Cawangan Kg. Teluk Kepayang Hilir.













Pengerusi 4B Cawangan Kg. Teluk Kepayang Hilir, Sdr. Mohd. Azizi Bin Mat Nasir serta barisan jawatankuasanya telah berjaya mengadakan program ini pada 26 Januari 2009 yang lalu bertempat di padang sekolah SK. Teluk Kepayang.

Antara program yang dijalankan ialah pertandingan futsal, lari dalam guni, acara rebut gula-gula untuk kanak-kanak, acara cucuk manik dan acara matosikal lambat. Sambutan yang diberikan amat baik dan mereka berharap program ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi 4B Kawasan Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad.

Wednesday, February 25, 2009

Mesyuarat AJK 4B Kawasan Parit.


Mesyuarat ahli jawatankuasa 4B Kawasan Parit telah diadakan pada 20 Februari 2009 jam 3.30 petang bertempat di Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah. Mesyuarat membincangkan tentang persiapan untuk mengadakan karnival sukan 4b Kawasan Parit. Acara yang akan dipertandingkan ialah Futsal (lelaki dan wanita), sepaktakraw dan bola jaring. Semua cawangan diharap dapat menyertai karnival ini nanti. Turut hadir ialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Perak Tengah En. Budiman Bin Idris.

Pertandingan Memancing 4B Cawangan Kuchai











Pertandingan Memancing Anjuran Belia 4B Cawangan Kuchai telah diadakan pada hari Ahad 22 Februari 2009 bermula jam 9.00 pagi berhampiran Masjid Kg. Kuchai. Hampir 50 orang peserta menyertai program ini. Turut Hadir ialah Pengerusi 4B Kawasan Sdr. Ashman Bin Hj. Ahmad serta Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Perak Tengah En. Budiman Bin Idris.

Thursday, February 19, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan 4B Kawasan Parit.









Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B(M) Kawasan parit telah berlangsung pada 28 November 2008 yang lalu di Rumah Rehat Cempakasari Parit. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd. Nizar Bin Haji Zakaria.
Turut hadir dalam majlis ini ilah wakil 4B Negeri Perak iaitu, sdr. Hasni Yusof dan sdr. Rahim.

Pada majli ini juga 4B Kawasan Parit telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada mantan-mantan pengerusi 4B yang telah banyak menyumbang tenaga dan bakti untuk pertubuhan ini..

Semoga Allah memberkati segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan kepada 4B kawasan Parit.

Mesyuarat AJK Penaja 4B negeri Perak.

Mesyuarat kali pertama gerakan belia 4b penaja negeri Perak telah diadakan pada 18 Feb 2008 di Ipoh, Perak jam 8.30 malam di kediaman Pengerusi Penaja 4B Negeri Perak. Kawasan Parit diwakili oleh Sdr. Ashman selaku Pengerusi 4B kawasan dan sdr. Benyamin selaku Tim. Pengerusi 4B Kawasan. Mesyuarat membincang cadangan untuk mengadakan karnival sukan 4B Negeri Perak.