Saturday, July 7, 2012

YB. Dato' Nasarudin Bin Hashim, ADUN Kawasan Bota menyampaikan ucapan dengan penuh semangat sempena majlis perasmian Program Kecercasan dan Senamrobik di Dataran Lambor Kanan. Program anjuran GB4B Caw. Lambor Kanan dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

Monday, February 6, 2012

Program Tilawah di GB4B Caw. Lambor Kanan.


YB. Dato' Nasarudin Bin Hashim ADUN Kawasan Bota menyampaikan cenderahati kepada Hakim Tilawah. Turut hadir Sdr. Ashman Bin Hj. Ahmad, Pengerusi GB4B Kawasan Parit.


Peserta memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


YB. Dato' Nasarudin bin Hashim memberikan kata-kata semangat kepada salah seorang peserta yang mengambil bahagian.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program Tilawah Al-Quran kali ini semoga dapat melahirkan lebih ramai generasi belia yang cintakan Al-Quran.

Monday, January 23, 2012

Aktiviti Gerak Wanis.


Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad menyampaikan cenderamata kepada peserta kursus Cik Dayah.


Para peserta mempamerkan kek yang telah berjaya dihasilkan.


Para peserta bersama kek yang dihasilkan.



Para peserta kursus membuat kek sedang menghias kek masing-masing.


Kursus ini julung kali diadakan oleh Gerak Wanis GB4B Kawasan Parit. Pn. Rokiah Bt. Mat Nusi selaku pengerusi Gerak Wanis mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh kursus diadakan.


GB4B Kawasan Parit merasa terpanggil untuk memberikan ahli-ahli ilmu yang berguna agar boleh digunakan untuk menambah pendapatan diri dan keluarga.






Futsal di GB4B Kg. Batu 7.


Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad Pengerusi GB4B Kaw. Parit menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang.


Penyampaian jersi untuk pasukan GB4B Caw. Kg. Batu 7, oleh Sdr. Ahman Bin Haji Ahmad.



Ahli-ahli GB4B Caw. Kg. Batu 7 yang menyertai Futsal pada 13 November 2011 yang lalu.




GB4B Kawasan Parit mengucapkan syabas dan tahniah keada semua yang terlibat dalam menjayakan Liga Futsal ini semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dalam program akan datang.


Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli belia 4B. Bergerak!!!

Saturday, November 12, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan


Ucapan Perasmian oleh; Sdr. Muammar Ghadafi Jamal, Presiden GB4B Malaysia.








Sdr. Ashman Hj. Ahmad menyampaikan cenderamata kepada Sdr. Muammar Ghadafi Jamal



Ucapan Sdr. Ashman Bin Haji Ahmad, Pengerusi GB4B Kaw. Parit.



Tahniah kepada semua pewakilan yang telah menunaikan tanggungjawab menghadiri mesyuarat agung tahunan tahun 2011. Mesyuarat kali ini amat bermakna kerana menerima kehadiran Sdr. Muammar Ghadafi Jamal Bin Dato' Wira Jamaludin, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia.



Belia 4B adalah merupakan sebuah petubuhan yang banyak melahirkan pemimpin negeri dan negara. Justeru itu, ahli-ahli belia 4B diseru supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan belajar untuk memimpin persatuan.



Patah tumbuh hilang berganti... begitulah bunyi pepatah lama. Pemimpin datang dan pergi... Walau apa juga rintangan dan halangan ahli-ahli belia 4B perlu bersatu untuk melepasi halangan-halangan yang dihadapi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...



Marilah kita bersama memulihkan imej Belia 4B yang sering dianggap rakan seteru di kawasan. Walaupun kita juga sebenarnya adalah pejuang bangsa dengan cara tersendiri ... Bergerak!!!
























Sunday, January 2, 2011

Program Kibarkan Jalur Gemilang.











Program ini diadakan pada 29 Ogos 2010 di kawasan Petronas Seri Iskandar, bermula jam 5.oo petang, setiap kenderaan yang mengisi minyak akan dilekatkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka. Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato' Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang bersama-sama melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan orang ramai.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua wakil dari cawangan-cawangan dan alumni GB4B Kaw. Parit yang turut sama menjayakan program kali ini. Pengurus Stesen Petronas Seri Iskandar mengucapkan terima kasih kepada GB4B Kawasan Parit kerana mengadakan program di premis mereka dan berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Program Gerak Wanis.





Pertandingan gubahan dan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan sempena dengan Majlis Tilawah GB4B Kawasan Parit. Program ini dijalankan oleh Gerak Wanis GB4B Kawasan Parit.

Saturday, January 1, 2011

Program Gerak Dakwah 2010.


Barisan Panel Hakim.


Pengerusi GB4B Kawasan Parit, Sdr Ashman Hj. Ahmad bergambar bersama para peserta yang mengambil bahagian.


Sdr. Ashman Bin Hj. Ahmad menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta.


Johan Tilawah Al-Quran GB4B Kawasan Parit. Pn. Nurul Hidayah Rasyid.




Program Tilawah GB4B Kawasan Parit telah diadakan pada 10hb Julai 2010 bertempat di DOR Kg. Teluk Bakong. Pemenang akan mewakili Kawasan Parit untuk Majlis Tilawah Peringkat Negeri Perak yang akan di adakan di Daerah Kuala Kangsar.

Pn. Nurul Hidayah Rasyid dari GB4B Cawangan Kg. Padang Marhum telah menjadi johan tilawah pada kali ini, manakala tempat kedua disandang oleh wakil dari GB4B Caw. Kg. Teluk Kepayang Hilir.

Tuesday, October 19, 2010

Program Berakit Sg. Perak 2010






GB4B Kawasan Parit bersama GB4B Caw. Bandar Universiti/Taman Maju serta Pusat Khidmat ADUN Bota telah mengadakan program ini pada 25 hingga 26 September 2010 bermula dari Manong ke Bota Kanan.
Tahniah kepada semua yang telah menyertai program ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan serta sokongan dalam menjayakan program ini. Bergerakkk!