Tuesday, February 9, 2010


Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 34 telah diadakan di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka pada 20 hingga 22 Disember 2009. Pada majlis ini juga berlangsung penubuhan Alumni 4B Malaysia dan penghargaan kepada semua Majlis Kerja Tertinggi yang akan bersara kerana memberi laluan kepada pemimpin muda yang berusia di bawah 40 tahun.


Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Sdr. Mua'amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj. Jamaludin kerana telah dipilih sebagai Presiden 4B Malaysia. Semoga dapat meneruskan perjuangan yang belum selesai...